Search

Share

𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮𝗵 𝗔𝗿 𝗥𝗮𝗵𝗻𝘂 𝗬𝗮𝗣𝗘𝗜𝗠 (𝗔𝗥𝗬) 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗸𝘀𝗶 𝗕𝗮𝗿 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗬𝗔𝗣𝗘𝗜𝗠 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗥𝗠𝟭𝟱𝟬,𝟬𝟬𝟬

𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮𝗵 𝗔𝗿 𝗥𝗮𝗵𝗻𝘂 𝗬𝗮𝗣𝗘𝗜𝗠 (𝗔𝗥𝗬) 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗸𝘀𝗶 𝗕𝗮𝗿 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗬𝗔𝗣𝗘𝗜𝗠 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗥𝗠𝟭𝟱𝟬,𝟬𝟬𝟬

Ar Rahnu YaPEIM telah mengadakan Kempen Cabutan Bertuah ARY Di Hati Tahun 2024. Kempen yang bermula pada 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2024 dilaksanakan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang setia dan kekal memilih Ar Rahnu YaPEIM sebagai pilihan utama.

Pada 19 Februari 2025, majlis cabutan bertuah telah dibuat dan seramai 202 orang pemenang bertuah Ar Rahnu YaPEIM memenangi syiling dan bar emas YAPEIM. Para pemenang yang bertuah akan dihubungi oleh wakil cawangan Ar Rahnu YaPEIM.

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan terma dan syarat kempen iaitu:
i. Tempoh kempen bermula 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2024
ii. Melakukan transaksi di Cawangan Ar Rahnu YaPEIM seperti Gadaian, Khidmat Muamalat Emas, Simpan Selamat, Pembayaran Secara Atas Talian, Keahlian & Deposit Tabung Qurban, Pembelian Gold Bar, Pembayaran Melalui Terminal Kad, Memperbaharui Takaful/ Flexi PA & DPPA/ My Rumah

iii. Penyertaan terbuka kepada semua pelanggan Ar Rahnu YaPEIM kecuali kakitangan YaPEIM, Institusi Milik Penuh YaPEIM & Institusi dibawah Kawalan YaPEIM

Majlis cabutan bertuah telah disempurnakan oleh Ketua Divisyen Kewangan YAPEIM, Encik Azhar bin Mohd Zaki, Naib Pengerusi Koperasi YaPEIM Berhad, Puan Junaidah Binti Ismail dan Pengurus Besar Koperasi YaPEIM Berhad, Encik Mohamad Fozi Bin Hj Tunggal.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarah YAPEIM, Encik Ameer Ali bin Vali Mohamed.

Pihak Pengurusan Utama YAPEIM, Anggota Lembaga Koperasi YaPEIM Berhad dan Pengurusan serta Warga Kerja Koperasi YaPEIM Berhad mengucapkan Syabas dan tahniah kepada para pemenang.                                                         

  • Posts
  • Buletin
  • 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮𝗵 𝗔𝗿 𝗥𝗮𝗵𝗻𝘂 𝗬𝗮𝗣𝗘𝗜𝗠 (𝗔𝗥𝗬) 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗸𝘀𝗶 𝗕𝗮𝗿 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗬𝗔𝗣𝗘𝗜𝗠 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗥𝗠𝟭𝟱𝟬,𝟬𝟬𝟬
Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR