Search

Share

Ar Rahnu YaPEIM Mendapat Perhatian Agensi Agama Negeri Selangor.

Bila sebut tentang Ar Rahnu, ramai yang perasan kewujudan kedai pajak gadai islam ni. Tapi tak semua tahu tentang bagaimana ia berfungsi kepada masyarakat. Kadang ada yang tak ‘aware’ perbezaan pajak gadai patuh syariah dengan kedai pajak konvensional.

Ar Rahnu menjadi pilihan bagi orang ramai yang mempunyai barang kemas (emas) untuk digadaikan dan ditukarkan kepada tunai untuk melakukan perkara yang mereka inginkan. 

Contohnya peniaga yang bergadai bagi tujuan untuk menambah modal perniagaan, proses di  Ar Rahnu lebih mudah berbanding memohon dengan pihak Bank.

Selain dapat meningkatkan sosioekonomi di sesuatu komuniti, Ar Rahnu juga merupakan model bisnes yang mampu memberi keuntungan kepada pengendali perniagaan Ar Rahnu itu sendiri.

Rentetan itu, delegasi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diketuai oleh Setiausaha MAIS, Dr. Haji Ahmad Shahir Bin Makhtar berbesar hati mengadakan kunjungan hormat ke Ar Rahnu YaPEIM Cawangan Seksyen 19 Shah Alam bagi melihat sendiri bagaimana sesebuah kedai pajak gadai islam beroperasi.

Selain itu, ada dibincangkan juga peluang kerjasama dan kolaborasi antara MAIS dan juga YaPEIM. Semoga apa yang diusahakan memberi manfaat kepada semua.

Kredit: Komuniti YaPEIM Selangor

  • Posts
  • Buletin
  • Ar Rahnu YaPEIM Mendapat Perhatian Agensi Agama Negeri Selangor.
Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR