NORMA BAHARU MESYUARAT AGUNG KOPERASI YaPEIM BERHAD KALI KE 24

  • Posts
  • NORMA BAHARU MESYUARAT AGUNG KOPERASI YaPEIM BERHAD KALI KE 24

Share

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Kuala Lumpur, 29 Ogos 2020 – Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi YaPEIM Berhad (KYB) edisi ke-24 yang boleh disifatkan dilaksanakan dalam keadaan yang masih getir tatkala Negara masih belum bebas sepenuhnya dari cengkaman wabak Pandemik Covid 19. Cabaran kali ini ternyata menguji fizikal dan mental memerah idea yang tuntas untuk menyatukan warga kerja yang lebih 1000 orang yang layak bersidang tanpa melanggar SOP dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Natijahnya 10 lokasi mesyuarat yang setiap satu tidak melebihi 250 orang anggota disediakan mengikut lokasi yang telah dikenalpasti, menggunakan teknologi Video Conference yang dipancarkan secara langsung ke lokasi Utama di Dewan CIDB, Kuala Lumpur. Inilah natijah yang terbaik diperolehi hasil daripada syura dikalangan Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi YaPEIM Berhad dengan tunjuk ajar dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), direstui pula Barisan Kepimpinan Utama YaPEIM yang bijaksana penuh komited dalam memastikan mesyuarat kali ini berjalan lancar.Tahniah kepada semua anggota Koperasi atas komitmen dalam menunaikan tanggungjawab mereka hadir menjayakan mesyuarat kali ini. Kredit Nukilan- Walid Amna@Ar Rahnu YaPEIM#kyb24#Agm#normalbaharu.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR