Soalan-Soalan Kelaziman yang Sering Ditanya oleh Pelanggan Ar Rahnu YaPEIM
Ar-Rahnu YaPEIM adalah pajak gadai Islam yang dilaksanakan oleh YaPEIM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia) melalui institusi pelaksana Koperasi YaPEIM Berhad. Skim ini menggunakan lima (5) konsep gadaian At-Tawarruq.
- Ijarah Al-Khadamat – merujuk kepada kontrak sewaan bagi perkhidmatan.
- Musawamah – merujuk kepada jual beli aset yang tidak melibatkan pendedahan kos pembelian dan keuntungan kepada pembeli.
- Wakalah – merujuk kepada perwakilan atau wakil yang menjaga, memelihara dan menjamin sesuatu urusan.
- At-Tawarruq – merujuk kepada urusniaga muamalah (perbuatan) melibatkan dua peringkat. Pada peringkat pertama pembelian aset antara pembeli dan penjual. Manakala pada peringkat kedua, pihak pembeli akan menjual asset kepada pihak ketiga. Penglibatan tiga (3) pihak yang tiada kaitan antara satu sama lain.
- Ar-Rahn – merujuk kepada suatu barang berharga dihadkan sandaran yang terikat dengan hutang (pembiayaan) bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan.
AR RAHNU PRESTIJ YaPEIM
- Margin pembiayaan yang diberikan adalah 70% daripada nilai emas (marhun) dan had maksimum pembiayaan untuk satu (1) transaksi adalah RM25,000.00.
- Upah simpan RM0.90 bagi setiap RM100 Nilai Marhun.
- Jumlah pembiayaan terkumpul maksimum yang diberikan adalah sehingga RM75,000.00
AR RAHNU BISNES YaPEIM
- Margin pembiayaan yang diberikan adalah 80% daripada nilai emas (marhun). Margin pembiayaan pertransaksi sebanyak RM 75,000.00
- Jumlah pembiayaan terkumpul maksimum yang diberikan adalah sehingga RM150,000.00
- Upah simpan RM1.00 bagi setiap RM100 Nilai Marhun
- Syarat Gadaian mempunyai lesen / sijil SSM/ Rekod 3 kali transaksi tujuan gadaian berniaga / dokumen sokongan (Surat tawaran / kertas kerja projek).
AR RAHNU EMAS YaPEIM
- Margin pembiayaan yang diberikan adalah 80% daripada nilai emas (marhun). Margin pembiayaan pertransaksi sebanyak RM 100,000.00
- Jumlah pembiayaan terkumpul maksimum yang diberikan adalah sehingga RM200,000.00
- Upah Simpan RM0.90 bagi Setiap RM100 Nilai Marhun.
- Syarat Gadaian mempunyai resit pembelian/ kad sijil barang kemas YaPEIM Gold/ kad produk YaPEIM Gold (‘Hallmark’/ Pelekat ‘Hologram’)
Ar Rahnu BizNita
- Margin pembiayaan yang diberikan adalah 80% daripada nilai emas (marhun) dan had maksimum pembiayaan terkumpul sehingga RM200,000.
- Upah simpan RM0.95 bagi setiap RM100 Nilai Marhun.
- Syarat Gadaian mempunyai lesen/ sijil SSM/ Lesen penjaja/ gerai yang berdaftar dengan PBT/ Surat tawaran projek atau kertas kerja projek.
- Layak mendapat pakej di bawah Program Pembangunan Usahawan YaPEIM/ Insentif dibawah Program Akaun Emas YaPEIM (SERY).
- Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan Ar Rahnu BizNita.
AR RAHNU DIDIK YaPEM
- Margin pembiayaan yang diberikan adalah 75% daripada nilai emas (marhun). Margin pembiayaan pertransaksi sebanyak RM 50,000.00
- Jumlah pembiayaan terkumpul maksimum yang diberikan adalah sehingga RM100,000.00
- Upah Simpan RM0.85 bagi Setiap RM100 Nilai Marhun.
- Syarat Gadaian mempunyai surat tawaran sekolah/ IPT(dalam/ luar negara)/ resit yuran tadika/ sekolah/ surat pengesahan pelajar/ surat sokongan universiti/ kertas kerja pengajian.
AR RAHNU CARE YaPEIM
- Margin pembiayaan yang diberikan adalah 80% daripada nilai emas (marhun) dan had maksimum pembiayaan untuk satu (1) surat akuan gadaian (SAG) adalah RM5,000.00.
- Upah simpan RM0.75 bagi setiap RM100 Nilai Marhun.
- Tempoh gadaian adalah 6 bulan (dibenarkan satu (1) kali gadaian semula)
- Pelanggan juga layak untuk memohon Bantuan Amal Jariah YaPEIM dimana pihak YaPEIM akan menyalurkan terus bantuan tersebut sekiranya permohonan diluluskan
- Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan AR Rahnu Care YaPEIM.
AR RAHNU i-PROTECT (TAKAFUL)
- Ar Rahnu YaPEIM i-Protect menawarkan takaful perlindungan terhadap transaksi gadaian dengan nilai perlindungan serendah RM 1.25 untuk setiap RM1,000.00 Nilai Marhun (Nilai Barang Kemas) untuk tempoh perlindungan sehingga 12 bulan. (tambahan RM1.25 bagi setiap gandaan RM1,000.00 Nilai Marhun).
- Terbuka untuk semua transaksi gadaian.
- Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan Ar Rahnu i-Protect.
AKAUN EMAS YAPEIM (AKAUN SERY)
- Kemudahan membeli dan menjual emas di mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM seluruh Malaysia dan juga melalui website/aplikasi mudah alih melalui muat turun dalam telefon (Apple, Android, Huawei).
- Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan Akaun Emas YaPEIM (SERY)
- Atau boleh rujuk ;
- Laman Sosial : (FB) Akaun Emas YaPEIM
- Laman Web : www.digitalyapeim.com
- Email : yapeim@digitalyapeim.com
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun.
- Berakal dan tidak berada dalam ketagihan dadah @ tidak mabuk.
- Tidak muflis.
- Boleh hadir ke mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM yang berdekatan.
- Membuat bayaran yuran keahlian RM10.00 bagi seumur hidup.
- Membawa barang emas sebagai cagaran. Membawa MyKad/ kad pengenalan.
- Memberikan maklumat waris dengan lengkap.
- Mengisi borang permohonan gadaian yang disediakan.
- Tempoh gadaian asas (tempoh matang) adalah selama 6 bulan.
- Tempoh lanjutan pertama adalah selama 2 bulan.
- Tempoh lanjutan kedua adalah selama 2 bulan.
- Jika telah melebihi tempoh tersebut iaitu 10 bulan, barang gadaian akan dilelong. Pembaharuan gadaian (gadaian semula) adalah dibenarkan tetapi perlu membayar upah simpan.
- Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan tempoh gadaian bagi setiap produk Ar Rahnu YaPEIM.
- Barang kemas akan diuji untuk dinilai mutunya.
- Barang kemas akan ditimbang untuk mengetahui berat barang tersebut.
- Mengisi dokumen yang diperlukan.
- Anggaran masa proses dijalankan dalam 15 minit (bagi setiap artikel dan dalam keadaan/ situasi urusniaga yang normal).
- Membawa salinan Surat Akuan Gadaian (SAG) yang berwarna biru (salinan penggadai) dan kad pengenalan.
- Bayaran yang perlu dibayar ialah : Jumlah Pinjaman + Upah simpan
- Penebusan boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus sebelum atau pada tarikh matang
- Barang-barang kemas sahaja.
- Mutu emas : 999, 950, 916, 875, 835 , dan 750 sahaja.
- Barang-barang yang berbatu, berlian dan sebagainya adalah diterima tetapi nilai pembiayaan yang diberikan berdasarkan nilai kandungan emas sahaja.
- Menerima emas putih dengan mutu 18k
- Tertakluk kepada kandungan emas diantara 70-75% dan kandungan perak tidak melebihi 12%.
- Bagi emas putih yang mempunyai 70-74% emas, maka dikategorikan sebagai standard emas 700 (penerimaan emas putih sahaja).
- Manakala kandungan emas melebihi 75%, dikira sebagai standard emas 750.
- Tidak, penggadai hanya perlu membayar kadar upah simpan sahaja.
- Kadar upah simpan adalah berdasarkan nilai emas (marhun) barang gadaian.
Boleh dengan syarat
- Membawa Surat Akuan Gadaian (SAG) yang berwarna biru.
- Membawa surat wakil yang telah ditandatangani oleh pemilik barang gadaian.
- Membawa salinan kad pengenalan pemilik barang gadaian/ pemilik SAG.
- Kad pengenalan wakil.
- Penggadai boleh mendapatkan surat sumpah dari cawangan Ar-Rahnu YaPEIM yang berkenaan dan;
- Membawa surat sumpah itu untuk dicop dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau pihak mahkamah.
- Cawangan Semenanjung Malaysia
(kecuali Kelantan, Terengganu):
9.00 pagi – 4.30 petang (Isnin – Jumaat)
12.30 t/hari – 2.30 petang (Jumaat – Rehat)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – Tidak beroperasi
- Cawangan Kelantan & Terengganu
9.00 pagi – 4.30 petang (Ahad – Khamis)
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum – Tidak beroperasi
- Cawangan Sabah & Sarawak
9.00 pagi – 4.30 petang (Isnin – Jumaat)
12.00 t/hari – 2.00 petang (Jumaat – Rehat)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – Tidak beroperasi
- Cawangan UTC Perak, UTC Pahang & UTC KL
9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Jumaat)
8.30 pagi – 4.30 petang (Sabtu)
12.15 t/hari – 2.45 petang (Jumaat-Rehat)
Ahad & Cuti Umum – Tidak beroperasi
- Cawangan UTC Kedah
9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Khamis)
8.30 pagi – 4.30 petang (Jumaat & Sabtu)
12.15 t/hari – 2.45 petang (Jumaat-Rehat)
Ahad & Cuti Umum – Tidak beroperasi
- Cawangan UTC Sabah
8.30 pagi – 4.30 petang (Isnin – Sabtu)
11.30 pagi- 2.00 petang (Jumaat- Rehat)
Ahad & Cuti Umum – Tidak beroperasi
- Cawangan UTC Sarawak
8.30 pagi – 4.30 petang (Isnin – Sabtu)
11.45 pagi- 2.15 petang (Jumaat- Rehat)
Ahad & Cuti Umum – Tidak beroperasi
Kadar belian (jual-beli emas) di Ar Rahnu YaPEIM adalah mengikut harga gadaian semasa Ar Rahnu YaPEIM dan mutu emas pelanggan.
Kadar belian (jual-beli emas) :
Mutu | Peratus |
999 (24k) | 84% |
950 (23k) | 84% |
916 (22k) | 83% |
875 (21k) | 82% |
835 (20k) | 80% |
750 (18k) | 82% |
750 WG (18k) | 65% |
700 WG (18k) | 65% |
i. Pembayaran Secara Tunai
ii. Pembayaran Secara Online
- Pembayaran hanya untuk ansuran sahaja.
- Pembayaran penuh bagi penebusan perlu dibuat di cawangan di mana transaksi gadaian dilaksanakan.
- Klik di sini untuk melihat maklumat lanjut berkenaan Ar Rahnu YaPEIM Online.
Ar Rahnu YaPEIM menyediakan khidmat simpanan barang kemas dengan mengenakan kadar bayaran upah simpan berdasarkan nilai marhun (nilai barang kemas).
Bagi penggadai yang menerima SMS lebihan jualan daripada pihak Ar Rahnu YaPEIM, lebihan jualan tersebut telah kreditkan ke Akuan Simpanan Khas Ar Rahnu YaPEIM. Penggadai boleh mengeluarkan simpanan tersebut di mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM dengan hanya mengemukakan kad pengenalan sahaja.
Ar Rahnu menerima barang kemas yang rosak/putus untuk gadaian.