Search

Share

CABUTAN KESETIAAN AR RAHNU YaPEIM 2020

KUALA LUMPUR 30 Jun 2020. – Hadiah lumayan berupa bar emas hampir 600 keping yang bernilai RM 200,000 menanti para pelanggan bertuah Ar Rahnu YaPEIM tahun ini. Kempen yang dinanti-nantikan ini adalah berupa Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM yang akan dilaksanakan di semua cawangan Ar Rahnu YaPEIM seluruh Negara.

Tempoh Cabutan Kesetiaan ini akan dilaksanakan mulai 01 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020. Semua pelanggan setia dan bakal pelanggan Ar Rahnu YaPEIM layak menyertai kempen dengan hanya membuat transaksi seperti berikut:-

  1. Transaksi Gadaian dengan nilai Marhun RM1,000.00 dan ke atas
  2. Transaksi jualan/belian barang kemas dengan nilai RM1,000.00 dan ke atas
  3. Transaksi Tabung Ibadah Qurban YaPEIM
  4. Transaksi Etiqa Takaful
  5. Belian produk YaPEIM Gold
  6. Pendaftaran Ahli Privilege YaPEIM

Tawaran ini merupakan sebagai tanda penghargaan Ar Rahnu YaPEIM kepada para pelanggan yang setia dan kekal memilih Ar-Rahnu YaPEIM sebagai destinasi utama urusniaga mereka. Ar Rahnu YaPEIM juga berharap usaha ini mampu menarik lebih ramai orang menjadikan pajak gadai Islam sebagai urus niaga pilihan. Orang ramai boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Ar-Rahnu YaPEIM yang berdekatan untuk mendapatkan keterangan lanjut atau layari laman sosial Ar Rahnu YaPEIM.

Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR