Search

Share

YaPEIM Perkenal At-Tawarruq

Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan berkata, pihak-nya melalui Ar Rahnu YaPEIM adalah peneraju dalam perkhidmatan Ar Rahnu sejak 1993.
Katanya, penawaran perkhidmatan Ar Rahnu atau Pajak Gadai Islam itu adalah berasaskan konsep syariah yang bertujuan menambah baik dari masa ke masa dan terkini konsep At-Tawarruq diperkenalkan.
“At-Tawarruq ialah konsep berdasar-kan pematuhan syariah yang digariskan selaras dengan keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS BNM) 2018-2019 dalam Polisi Dokumen Rahn.
“Konsep terbaharu ini merupakan dimensi penting kepada perkhidmatan makro kredit Ar Rahnu YaPEIM yang sentiasa peka dengan perkembangan muamalat Islam dan terus ditambah baik,” katanya kepada Bisnes Sinar selepas membuat kunjungan ke ibu pejabat Sinar Harian di Shah Alam semalam.

Terima Kasih Sinar Harian
#ArRahnuYaPEIM #CepatMudahAmanah #MemacuKejayaanBersama

Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR