Search

Share

Serahan Pentauliahan Lantikan Koperasi Yapeim Berhad (KYB) Sebagai Ejen Kutipan Zakat Untuk LZNK

ALOR SETAR 04 Feb 20 – INISIATIF diambil oleh Koperasi YaPEIM Berhad (KYB) dalam menjalin kerjasama strategik dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) merupakan satu usaha dalam menyediakan khidmat kutipan zakat memudahkan orang ramai di Negeri Kedah melaksanakan Rukun Islam ke empat.

Inisiatif ini juga adalah satu mercu tanda baharu bagi KYB menerusi 22 cawangan Ar Rahnu YaPEIM di Negeri Kedah dalam usaha untuk mempelbagaikan penawaran perkhidmatan di kaunter yang menepati keperluan dan keperluan semasa warga masyarakat.

Penyerahan ini telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena Majlis Sambutan 350 tahun Seruan Berzakat di Negeri Kedah.

Dalam pada itu, Baginda turut menzahirkan rasa bangga dengan usaha pendigitalan operasi kutipan dan agihan zakat negeri dengan melaksanakan Sistem Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) yang kini boleh dimuat turun oleh semua masyarakat awam bagi mengetahui dengan telus jumlah kutipan dan agihan zakat secara “real-time” dan ke mana wang zakat tersebut telah diagihkan.

Simbolik Pentauliahan telah diserahkan oleh KDYMM Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah kepada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

  • Posts
  • Produk
  • Serahan Pentauliahan Lantikan Koperasi Yapeim Berhad (KYB) Sebagai Ejen Kutipan Zakat Untuk LZNK
Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR