Search

Share

YaPEIM Perkukuh Pasaran Mikro Kredit

Ar Rahnu Yapeim | arrahnu yapeim | yapeim | cawangan arrahnu yapeim | cawangan ar rahnu yapeim | pajak gadai arrahnu yapeim | pajak gadai ar rahnu yapeim | pajak gadai islam arrahnu yapeim | pajak gadai islam ar rahnu yapeim

KUALA LUMPUR: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mencatatkan peningkatan aset keseluruhan kepada RM1.24 bilion, bagi prestasi kewangan berakhir tahun lalu, berbanding RM1.2 bilion pada 2018. 

Kejayaan sama dilakar menerusi peningkatan nilai aset bersih yayasan itu daripada RM243.16 juta, setakat 2018 kepada RM291.98 juta pada tahun lalu.

Mengumumkan pencapaian itu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, menjelaskan pertumbuhan aset bersih dan keseluruhan, masing-masing dipacu perkhidmatan mikro kreditnya, Ar Rahnu serta pelaburan sektor hartanah.

Diperkenalkan sejak 1993, permintaan terhadap Ar Rahnu yang kini ditawarkan menerusi lima produk utama itu semakin meningkat, malah menyaksikan seramai 723,475 penggadai dengan jumlah pinjaman menjangkau RM9.8 bilion meraih manfaat menerusi skim mikro kredit berkenaan, setakat 31 Disember, tahun lalu.

“Pada 2019, jumlah pinjaman dikeluarkan ialah RM1.4 bilion dengan RM11.48 juta disumbangkan produk baharu, iaitu Ar Rahnu Bisnes (modal perniagaan); Ar Rahnu Emas (pemilik emas YaPEIM) dan Ar Rahnu Didik (pendidikan) yang mula diperkenalkan pada Jun tahun lalu.

“Permintaan terhadap mikro kredit ini semakin meningkat, namun kita perlukan bantuan untuk memperkukuhkan perkhidmatannya kerana tidak mempunyai cukup modal.

“Justeru beberapa pendekatan, termasuk memperluaskan rangkaian pelabur dalam kalangan agensi berkaitan kini diperhalusi.

“Menerusi YaPEIM Holdings, kita akan gunakan pendekatan korporat dengan memperkasa teras perniagaan sedia ada, berteraskan konsep mudarabah, berbanding sukuk kerana tidak mempunyai modal kerja besar, selain memberikan penekanan terhadap sumbangan pihak pelabur untuk majukan skim mikro kredit.

“Kita dapati konsep mudarabah agak kompetitif dalam pelaburan perbankan islam, justeru itu peluang terbaik untuk mengorak langkah seterusnya pada tahun akan datang,” katanya ketika membentangkan Laporan Pencapaian 2019 dan Hala Tuju Strategik Utama YaPEIM 2020, di sini, hari ini.

Memperincikan unjuran 2020, Mohd Daud melahirkan keyakinan YaPEIM berupaya mencatatkan peningkatan aset bersih kepada RM320 juta dan jumlah aset bernilai RM1.25 bilion, selain pengembangan pendapatan menjangkau RM63.95 juta dan margin lebihan pendapatan sebelum pendapatan komprehensif lain berkadar 19.14 peratus.

Mengambil kira faktor persaingan dan kemampuan, beliau berkata, YaPEIM setakat ini tidak mempunyai hasrat meneroka peluang pasaran wakaf meskipun kini giat diterokai pelbagai agensi perbankan, pelaburan dan kewangan.

“Wakaf tidak ada dalam radar kita kerana ia memerlukan modal besar, namun YaPEIM boleh menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak dalam skim wakaf kerana kemampuan menjana keuntungan dalam wakaf hospital, universiti, projek berbentuk sosial berupaya memberi manfaat kepada pelabur,” katanya.

Mengulas dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku), Mohd Daud berkata, ia semakin mendapat sokongan menggalakkan dalam kalangan masyarakat apabila jumlah penyumbang merekodkan peningkatan mendadak daripada sekadar 4,000 orang pada akhir tahun lalu kepada kira-kira 34,000 orang, setakat semalam.

Pengedaran borang permohonan bagi mendapatkan peruntukan dana untuk membantu golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) turut meningkat kepada kira-kira 33,000 set, setakat jam 3 petang tadi.

“Kita lanjutkan permohonan dana Inspirasiku ini kepada 31 Januari supaya lebih ramai penerima, tanpa mengira bangsa dan agama berupaya memperoleh manfaat daripadanya, selain mengalu-alukan mana-mana pihak untuk tampil menyalurkan sumbangan,” katanya.

Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR