Search

Profil Koperasi YaPEIM Berhad

LATAR BELAKANG KOPERASI YaPEIM BERHAD

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Januari 1985 bersetuju pada dasarnya dengan Rancangan Penubuhan Pajak Gadai Islam. 

YaPEIM dan Bank Negara Malaysia mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Skim pada tahun 1992 bagi merealisasikan penubuhan Pajak Gadai Islam.

Diperkenal dan dilaksanakan melalui :

  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (1993 – kini)
  • Bank Islam Malaysia Berhad (1998 – 2004)
  • Koperasi YaPEIM Berhad (2000 – kini)

OBJEKTIF

Menyediakan kemudahan mikro kredit secara mudah, cepat dan amanah kepada masyarakat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk kegunaan sebagai modal perniagaan secara kecil-kecilan dan lain-lain aktiviti yang produktif bagi membangun sosioekonomi ummah. 

Sebagai alternatif kepada masyarakat untuk memenuhi keperluan tunai melalui transaksi gadaian yang berlandaskan hukum syarak.

KONSEP PELAKSANAAN

  1. Tawarruq  
    Urusniaga muamalah (perbuatan) melibatkan dua peringkat. Pada peringkat pertama pembelian aset antara pembeli dan penjual. Manakala pada peringkat kedua, pihak pembeli akan menjual aset kepada pihak ketiga. Penglibatan tiga (3) pihak yang tiada kaitan antara satu sama lain. 
  2. Ijarah Al-Khadamat
    Merujuk kepada kontrak sewaan bagi perkhidmatan atau upah simpan.
  3. Musawamah
    Merujuk kepada jual beli aset yang tidak melibatkan pendedahan kos pembelian dan keuntungan kepada pembeli
  4. Wakalah
    Merujuk kepada perwakilan atau wakil yang menjaga, memelihara dan menjamin sesuatu urusan
  5. Ar Rahn
    Merujuk kepada suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang (pinjaman) bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan

GADAIAN

  • Mekanisme di mana penggadai mencagarkan emas miliknya bagi mendapatkan sejumlah pembiayaan.
  • Pinjaman tersebut perlu dibayar balik dengan dikenakan upah simpan mengikut tempoh pembiayaan tersebut.

KRITERIA BARANG GADAIAN

Quality of Gold Gold Content Alternative Name
24.0 karat 99.9% Emas sepuluh / Emas kertas / Pure Gold
23.0 karat 95.0% 950 Gold
22.0 karat 91.6% 22k Gold/916 Gold
21.0 karat 87.5% 21k Gold/875Gold
20.0 karat 83.5% 20k Gold/835Gold
18.0 karat 75.0% 18k Gold/750Gold

PENDEKATAN PELAKSANAAN

c) Tempoh Gadaian
i)Tempoh gadaian yang diberikan ialah :- 

WARGANEGARA BUKAN WARGANEGARA
6 Bulan + 2 Bulan + 2 Bulan 5 Bulan

ii) Jika penggadai gagal menebus dalam tempoh tersebut, pihak  Ar Rahnu YaPEIM boleh memberi tempoh kelonggaran penebusan sehingga 2 bulan (tempoh lanjutan pertama), tanpa permohonan daripada penggadai warganegara sahaja.

iii) Jika penggadai masih juga tidak menebus dalam tempoh kelonggaran, tempoh gadaian boleh dilanjutkan untuk tempoh 2 bulan lagi (tempoh lanjutan kedua)

iv) Sekiranya tiada permohonan untuk melanjutkan tempoh atau tiada pembayaran upah simpan oleh penggadai, pihak Ar Rahnu YaPEIM boleh meneruskan tindakan lelongan selepas tempoh maksimum 10 bulan.

d) Tebusan 
Mekanisme di mana penggadai menebus kembali barang kemas miliknya dengan membayar jumlah pembiayaan dan upah simpan secara keseluruhan.

e) Jualan 

  • Tempoh gadaian  10 bulan  dan ke atas.
  • Notis terakhir (Notis Ketiga) dihantar 14 hari sebelum tarikh matang lanjutan ke dua.

  • Tiada tebusan atau menerima maklumbalas daripada penggadai selepas tempoh 10 bulan atau permohonan lanjutan dari penggadai.

PENDEKATAN PELAKSANAAN

Konsep At-Tawarruq ini merupakan suatu dimensi baharu inisiatif perkhidmatan mikro kredit Ar Rahnu YaPEIM yang sentiasa seiringan dengan perkembangan terkini Fiqh Muamalat, Ekonomi dan Kewangan Islam dari semasa ke semasa.

Konsep ini selaras Keputusan Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (MPS BNM), 2018-2019, dalam Polisi Dokumen (PD) Rahn.

Penambahbaikan konsep baharu ini bertunjangkan dan berakarkan umbi kontrak Qard, Rahn, Wadi’ah Yad Dhamanah dan Ujrah dengan sokongan platform komoditi di bawah Bursa Suq Al-Sila’

KELEBIHAN AR RAHNU YAPEIM BERBANDING PELAKSANA KONVENSIONAL

AR RAHNU YaPEIM PAJAK GADAI KONVENSIONAL
Patuh Syariah Riba
Wang lebihan gadaian dipulangkan Wang lebihan tidak dipulangkan
Barang kemas yang disimpan selamat Tiada Jaminan
Pemberian notis kepada penggadai tentang upacara lelong Notis tidak diwar-warkan secara langsung kepada penggadai, hanya diletakkan dikaunter gadaian
Caj perkhidmatan yang relatifnya rendah Caj perkhidmatan mengikut kaedah interest adalah lebih tinggi

ELEMEN-ELEMEN NEGATIF DAN KELEMAHAN DI DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI PAJAK GADAI KONVENSIONAL ​

  • Nilai gadaian merosot
  • Pengenaan kadar faedah yang berlebihan
  • Memberi nilai gadaian yang rendah
  • Tiket gadaian sukar dibaca dan difahami
  • Mengenakan bayaran terhadap salinan tiket gadaian
  • Merampas gadaian bernilai RM100.00 dan ke bawah tanpa memberitahu penggadai
  • Wang lebihan gadaian tidak dipulangkan
  • Pemberitahu upacara lelong tidak diebarkan seluasnya
  • Pemegang Pajak Gadai menuntut wang pendahuluan
Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR