Search

Share

Hari Bertemu Pelanggan Di Cawangan Ar Rahnu YaPEIM Pasir Puteh, Kelantan

03 Mei 2018 – Program Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan di Ar Rahnu YaPEIM cawangan Pasir Puteh, Kelantan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Program ini turut diisi dengan beberapa aktiviti antaranya ialah pertandingan mewarna yang diadakan pada sebelah pagi serta beberapa sesi taklimat dari pihak termasuk berkaitan Program CMasa.my oleh YaPEIM Enterprenuer Center (YEC), Kad Privilage YaPEIM, penyampaian Hadiah Bulanan Bar Emas Ar Rahnu YaPEIM dan Penyerahan Sumbangan Program Sinar Kasih.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Abibullah Haji Samsudin; Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM serta Pegawai/Staf YaPEIM.
Selain itu, Penyerahan Bar Emas turut diadakan kepada pelanggan bertuah bulanan Ar Rahnu YaPEIM serta penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna dan pengunjung bertuah.
Program yang dihadiri lebih dari 500 orang sekitar Pasir Putih ini turut dimeriahkan dengan demo masakkan yang dibawakan khas oleh cmasa.my
Majlis ini diharap dapat mendekatkan lagi hubungan diantara YaPEIM dan masyarakat sekitar khususnya.
  • Posts
  • Program
  • Hari Bertemu Pelanggan Di Cawangan Ar Rahnu YaPEIM Pasir Puteh, Kelantan
Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR