Search

Share

Majlis Pelancaran Tiga Produk Baharu Ar Rahnu YaPEIM Di Johor

LARKIN, 5 Ogos 2019 – Ar Rahnu YaPEIM menampilkan tiga produk pembiayaan kewangan baharu di pasaran, dijangka mampu menarik minat pelanggan pelbagai peringkat umur dan taraf sosial.

Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan berkata, kelainan dan keunikan setiap produk yang diperkenalkan itu pastinya memberi lebih pilihan kepada pelanggan dari segenap lapisan masyarakat.

“Keistimewaan setiap satu produk pembiayaan iaitu Ar-Rahnu Bisnes YaPEIM; Ar-Rahnu Emas YaPEIM dan Ar-Rahnu Didik YaPEIM dijangka memenuhi aspektasi setiap golongan pelangan meliputi kalangan Peniaga dan Usahawan, Pelabur serta Pelajar.

“Setiap produk tampil dengan ciri-ciri unik tersendiri, membolehkan setiap pelanggan yang berbeza kemahuan sama ada keperluan kewangan, keupayaan pembayaran mahupun nilai pinjaman ditawarkan, memilih produk baharu yang kami sediakan,” katanya dalam ucapan Pra Pelancaran Produk Baharu Ar-Rahnu YaPEIM di Cawangan Ar-Rahnu YaPEIM Larkin, Johor di sini, hari ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPEIM, YBhg. Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail dan turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Pn Parihah Hasan serta pegawai Kanan YaPEIM.

Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR