Search

Share

Perjanjian Persefahaman (MoU) YaPEIM – BIMB

Alhamdulillah selepas sekian lama hubungan baik YaPEIM – BIMB terjalin, akhirnya satu kerjasama baharu bakal dimeterai pada hari ini iaitu “The Business Strategic Alliance Of Holistic Islamic Financial Products & Services Solutions To The Malaysian Society” yang mana ia dinoktahkan melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani sebentar tadi. Saya yakin kerjasama ini dapat meneroka peluang yang lebih luas bagi kedua-dua pihak kelak.

Dari sudut YaPEIM saya yakin pelaksanaan ini akan memberi impak dan kelebihan yang baik dalam meningkatkan ruang kerjasama dengan institusi kewangan serta memperkasakan lagi aktiviti Bisnes, Sosial Bisnes YaPEIM dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Amal Jariah YaPEIM.

Saya melihat antara impak yang bakal diperolehi YaPEIM adalah institusi ini dapat mempelbagaikan produk di cawangan Ar Rahnu YaPEIM dan meningkatkan pendapatan bagi program-program yang bersesuaian dengan rancangan kerjasama. Selain itu saya percaya YaPEIM bakal menerima kemudahan pembiayaan dan simpanan tetap dengan kadar yang bersesuaian, Insya-Allah.

Bagi BIMB pula impak yang bakal diperoleh adalah menerusi peningkatan kepada kecapaian pemegang akaun atau bakal pelanggan BIMB melalui kewujudan cawangan Ar Rahnu YaPEIM di lokasi yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan (undeserved) khususnya di kawasan luar bandar. Dalam masa yang sama MoU ini akan memanfaatkan BIMB untuk meneroka peluang kerjasama bagi program-program tanggung jawab CSR melalui program-program Sosio Ekonomi dan Amal Jariah YaPEIM.

Dari aspek tadbir urus hal ehwal Islam, Kerajaan sentiasa komited untuk memperkasa ekonomi unmah melalui kerjasama dan persefahaman pintar yang bakal menatijahkan manfaat yang besar kepada umat Islam di Malaysia.

Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR