Search

Share

KEMPEN CABUTAN KESETIAAN AR RAHNU YaPEIM

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Ar Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menawarkan hadiah lumayan berupa 576 jongkong emas bernilai RM200,000 melalui kempen ‘Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPIEM’ kepada pelanggannya yang bertuah.
Yayasan itu dalam kenyataan hari ini menyebut bahawa kempen tersebut adalah untuk pelanggannya yang setia memilih produk-produk ditawarkan.
“Kempen tersebut yang bermula hari ini sehingga 31 Dis 2020 depan juga merupakan antara pendekatan mempromosi Ar Rahnu YaPIEM serta memperkenalkan produk-produk pelengkap yang turut ditawarkan di cawangan-cawangan mereka,” menurut kenyataan itu.
Katanya para pelanggan setia dan bakal pelanggan Ar Rahnu YaPEIM layak menyertai kempen itu dengan membuat transaksi seperti gadaian dengan nilai Marhun RM1,000 dan ke atas, tabung ibadah qurban YaPEIM dan Etika Takaful, belian produk YaPEIM Gold dan pendaftaran ahli istimewa YaPEIM.
Keterangan dan maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 1300-88-1230 atau melayari laman sesawang www.arrahnuyapeim.net atau mengunjungi cawangan Ar Rahnu YaPEIM yang berdekatan.

Kredit : BERNAMA

Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR