MAJLIS PELANCARAN KEMPEN CABUTAN KESETIAAN AR RAHNU YaPEIM 2020

  • Posts
  • MAJLIS PELANCARAN KEMPEN CABUTAN KESETIAAN AR RAHNU YaPEIM 2020

Share

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

BUKIT JELUTONG, 20 Julai 2020 – Ar Rahnu YaPEIM melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini mengadakan Majlis Pelancaran Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2020 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM bertempat di Kaunter Ar Rahnu YaPEIM Cawangan Bukit Jelutong, Selangor.

Majlis Pelancaran ini diadakan bersempena ulangtahun YaPEIM Ke 36 bagi memberi penghargaan kepada para pelanggan Ar Rahnu YaPEIM yang setia dan kekal memilih Ar Rahnu YaPEIM serta bakal pelanggan baharu.

Cabutan Kesetiaan ini juga adalah pendekatan mempromosi Ar Rahnu YaPEIM dan memperkenalkan produk-produk pelengkap yang ditawarkan di cawangan-cawangan Ar Rahnu YaPEIM.

Kempen yang telah bermula sejak 01 Julai 2020 hingga 31Disember 2020 menawarkan hadiah lumayan berupa bar emas 576 keping yang bernilai RM200,000.00 bakal menanti para pelanggan bertuah Ar Rahnu YaPEIM.

Semua pelanggan setia dan bakal pelanggan Ar Rahnu YaPEIM layak menyertai kempen dengan hanya membuat transaksi seperti berikut:

1) Transaksi Gadaian dengan nilai Marhun RM1,000.00 dan ke atas
2) Transaksi jualan/belian barang kemas dengan nilai RM1,000.00 dan ke atas
3) Transaksi Tabung Ibadah Qurban YaPEIM
4) Transaksi Etiqa Takaful
5) Belian Produk YaPEIM Gold
6) Pendaftaran Ahli Privilege YaPEIM

Teruskan kesetiaan anda bersama Ar Rahnu YaPEIM dan nikmati pelbagai manfaat dan ganjaran istimewa yang ditawarkan.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi Hotline 1300-88-1230 atau kunjungi Cawangan Ar Rahnu YaPEIM yang berdekatan anda.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR