Search

Share

KENYATAAN MEDIA PEMBUKAAN CAWANGAN AR RAHNU YaPEIM SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Pelaksana Ar Rahnu YaPEIM iaitu Koperasi YaPEIM Berhad akan memulakan operasi di cawangan-cawangan Ar Rahnu YaPEIM terpilih di seluruh Negara selaras dengan kebenaran pelaksanaan operasi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memberi kebenaran premis Ar Rahnu Koperasi beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah membenarkan Koperasi Ar Rahnu beroperasi selama dua (2) hari dalam seminggu dan tempoh masa operasi adalah dihadkan kepada jam 09.00 pagi hingga 02.00 petang sahaja.

Ar  Rahnu YaPEIM akan beroperasi pada setiap Hari Isnin dan Khamis bermula pada 16 April 2020 (Khamis) dengan waktu urusniaga dihadkan daripada pukul 9.00 pagi sehingga 2.00 petang di 147 buah cawangan terpilih di seluruh Negara. (senarai 147 cawangan terpilih boleh didapati di Laman Web Rasmi www.arrahnuyapeim.net dan Facebook aryofficial.my)

Selaras dengan saranan dan arahan daripada Kerajaan Malaysia, Pihak Koperasi YaPEIM Berhad telah menetapkan beberapa garis panduan yang ketat dan perlu dipatuhi oleh pelanggan ketika berurusan di cawangan Ar Rahnu YaPEIM seperti berikut:-

     i.        Pemeriksaan suhu badan setiap petugas dan pelanggan sebelum masuk berurusan.

   ii.        Petugas dan pelanggan wajib memakai topeng muka dan ‘hand sanitizer’ sebelum berurusan.

 iii.        Pemakaian sarung tangan oleh petugas.

  iv.        Mengamalkan penjarakan sosial (1 meter) sama ada di dalam premis mahupun di luar premis
ketika beratur dengan membuat penandaan had jarak setiap pelanggan dan had jarak dengan
kaunter urusniaga.

    v.        Hanya tiga (3) orang pelanggan yang dibenarkan untuk berada di dalam premis untuk
berurusan dalam sesuatu masa.

  vi.        Melakukan disinfeksi setiap permukaan/tempat yang kerap disentuh dan cawangan perlu
berada dalam kedaan bersih.

Para pelanggan Ar Rahnu YaPEIM adalah dipohon untuk memberikan kerjasama sepertimana yang telah ditetapkan dalam memberhentikan penularan wabak Covid-19. Dengan pengoperasian cawangan Ar Rahnu YaPEIM dalam tempoh PKP ini, diharap dapat membantu para pelanggan mahupun masyarakat dalam memperoleh tunai segera bagi kelangsungan kehidupan seharian.

Untuk pertanyaan/aduan sila emel kami di arrahnu@yapeim.my atau khidmatpelangganary@gmail.com

Untuk pemakluman semasa sila layari laman sosial rasmi Ar Rahnu YaPEIM

Terima kasih di atas sokongan semua pihak terhadap YaPEIM. Sekian.

YBHG. PUAN PARIHAH HASAN
PEMANGKU KETUA PENGARAH YaPEIM
13 April 2020 / 19 Sya’aban 1441H


  • Posts
  • Buletin
  • KENYATAAN MEDIA PEMBUKAAN CAWANGAN AR RAHNU YaPEIM SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR