Search

Share

𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐞-𝐀𝐑𝐘 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

TERMA DAN SYARAT

Tempoh Kempen

  1. Kempen e-ARY dan Menang yang dianjurkan oleh Ar Rahnu YaPEIM  bermula daripada 01 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.
  2. Ar Rahnu YaPEIM mempunyai hak mutlak untuk menukar atau meminda tempoh kempen ini sekiranya perlu tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Kelayakan

1. Transaksi Pembayaran Secara Atas Talian (Online Payment)

  • Hanya terbuka kepada pelanggan yang membuat ansuran atau penebusan dengan pembayaran secara atas talian di semua cawangan Ar Rahnu YaPEIM
  • Hanya Pelanggan yang melaksanakan transaksi pembayaran secara atas talian di Ar Rahnu YaPEIM seperti berikut:-

                       – Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

                       – Minima pembayaran RM100.00 bagi setiap transaksi dengan satu kelayakan.

                       – Setiap transaksi melebihi RM100.00 dalam satu resit akan dikira 1 (satu) undian.

  • Kakitangan YaPEIM, Institusi Milik Penuh YaPEIM & Institusi dibawah Kawalan YaPEIM TIDAK LAYAK menyertai kempen ini

Hadiah

  1. Hadiah yang disediakan adalah berupa 0.25 gram bar emas bagi setiap cawangan
  2. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai, baucar atau kredit, secara sebahagian atau sepenuhnya.
  3. Penentuan pemenang adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan.
  4. Pemenang mestilah mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh  Ar Rahnu YaPEIM serta terma dan syarat yang dikenakan ke atas Hadiah (jika ada).

Pemilihan Pemenang

  1. Jawatankuasa penentuan pemenang akan ditubuhkan bagi kempen ini.
  2. Undian secara rawak akan dijalankan dengan menggunakan sistem undian berkomputer.
  3. Semua keputusan pemenang adalah muktamad dan sebarang surat- menyurat, bantahan serta rayuan tidak akan dilayan.
  4. Pemenang akan dimaklumkan melalui panggilan telefon, Media Sosial Ar Rahnu YaPEIM atau lain-lain kaedah yang bersesuaian. Ar Rahnu YaPEIM TIDAK akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi.

Tuntutan Hadiah

  1. Pemenang dianggap telah melepaskan hak mereka sekiranya gagal untuk menuntut hadiah.
  2. Hadiah perlu dituntut oleh pemenang dalam tempoh 30 Hari daripada Tarikh Memo/ Surat yang dikeluarkan. Pihak Ar Rahnu YaPEIM tidak akan melayan sebarang tuntutan selepas tempoh tersebut.
  3. Sekiranya Majlis Rasmi Penyerahan Hadiah Cabutan dilaksanakan, pemenang WAJIB hadir untuk membuat tuntutan hadiah.
  4. Sekiranya pemenang tidak dapat hadir, wakil dibenarkan untuk membuat tuntutan hadiah dengan mengemukakan Surat Perlantikan Wakil dan Salinan dokumen pengenalan diri pemenang dalam tempoh 30 hari dari Tarikh pemakluman dibuat.

Liabiliti & Tanggungjawab :-

  1. Semua pemenang akan menerima pemberitahuan melalui telefon. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan melalui telefon tidak diangkat atau lewat diterima oleh Pemenang. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan Bersama hadiah berkenaan.
  2. Pemenang dan/atau waris mereka hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Ar Rahnu YaPEIM daripada sebarang liabiliti.
  3. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

Hak Penganjur :-

  1. Penganjur (Ar Rahnu YaPEIM) berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menilai semula dan mengubah proses/ syarat yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan penganjur adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.
  2. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.
  3. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang cuba menipu atau yang tidak menepati syarat tanpa memberi sebarang penerangan dan/atau penjelasan.

Lain-lain :-

  1. Penyertaan dalam kempen ini adalah atas persetujuan tanpa syarat yang diterima sepenuhnya oleh peserta ke atas perkara-perkara yang disebutkan di dalam Terma dan Syarat ini (termasuk sebarang pindaan yang dilakukan oleh Ar Rahnu YaPEIM dari semasa ke semasa tanpa memberikan notis terlebih dahulu).
  2. Dengan menyertai kempen ini, peserta bersetuju dan membenarkan data peribadi mereka dikumpulkan, diproses dan digunakan oleh Ar Rahnu YaPEIM.
  3. Ar Rahnu YaPEIM mempunyai hak untuk mencetak atau menyiarkan nama dan gambar pemenang untuk tujuan promosi di dalam akhbar, majalah, Media Sosial Ar Rahnu YaPEIM, atau mana-mana saluran media yang bersesuaian.
  4. Dengan menyertai kempen ini, peserta bersetuju untuk membenarkan Ar Rahnu YaPEIM, pihak ketiga dan agensi pengiklanan menggunakan nama pelanggan dan butiran peribadi (jika diperlukan) untuk tujuan promosi.
  5. Ar Rahnu YaPEIM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang musibah yang disebabkan bencana alam, peperangan, rusuhan, perintah berkurung, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, kegagalan sistem atau apa-apa situasi di luar kemampuan Ar Rahnu YaPEIM.
  6. Dengan menyertai kempen ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju secara rasmi isi kandungan terma dan syarat ini, termasuk keputusan yang dibuat oleh pihak Ar Rahnu YaPEIM yang dianggap muktamad.
  • Posts
  • Lain Lain
  • Program
  • 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐞-𝐀𝐑𝐘 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑
Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR