Search

Share

YaPEIM Rancang Terbit Sukuk

Ar Rahnu Yapeim | arrahnu yapeim | yapeim | cawangan arrahnu yapeim | cawangan ar rahnu yapeim | pajak gadai arrahnu yapeim | pajak gadai ar rahnu yapeim | pajak gadai islam arrahnu yapeim | pajak gadai islam ar rahnu yapeim

KUALA LUMPUR- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berhasrat menerbitkan sukuk menerusi anak syarikatnya, YaPEIM Holdings Sdn. Bhd. pada tahun ini bagi membiayai modal kerja dan mengukuhkan strategi-strategi perniagaannya. 

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, Yayasan tersebut telah melakukan pelbagai pembaharuan pada tahun lepas termasuk penstrukturan semula struktur korporat YaPEIM dan penjajaran aktiviti di bawah YaPEIM Holdings.

Ini adalah bagi menambah baik tadbir urus dan amalan terbauk dalam semua aspek pentadbiran dan pengoperasian.

YaPEIM Holdings menurut Daud akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan penerbitan sukuk berkenaan.

“YaPEIM Holdings akan menggunakan pendekatan korporat dan disebabkan modal kerja kami tidak begitu besar, kami mengharapkan lebih banyak pelabur akan melabur dengan kami menerusi konsep Mudharabah.

“Kami juga merancang untuk menerbitkan sukuk melalui YaPEIM Holdings kerana kami sedang menimbang untuk mendapatkan dana yang lebih murah dan kompetitif supaya boleh meneruskan semua perancangan perniagaan kami terutamanya dalam sektor kredit makro,” katanya semasa sidang media selepas membentangkan Laporan Pencapaian 2019 dan Halatuju Strategik Utama 2020 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan.

YaPEIM merekodkan peningkatan nilai aset bersih (NAB) kepada RM291.98 juta (belum beraudit) pada 2019 berbanding RM243.16 juta pada 2018.

Yayasan berkenaan juga mencatatkan peningkatan pendapatan kepada RM53.77 juta (belum beraudit) pada tahun lepas berbanding RM51.69 juta pada 2018 disokong terutamanya oleh perniagaan Ar-Rahnu sebanyak RM46 juta.

Selain Ar-Rahnu, YaPEIM juga terlibat dalam sektor hartanah.

Menurut Mohd. Daud, pada tahun 2020, YaPEIM masih mengekalkan tiga teras utama iaitu perniagaan sosial, perniagaan dan pembangunan sosio-ekonomi dan amal jariah.

Mulai tahun ini, YaPEIM katanya, akan menyediakan Skim Qardhul Hasan di bawah Program Pembangunan Usahawan untuk membantu dan menggalakkan pembangunan usahawan dalam pelbagai bidang yang telah dikenal pasti.

Dengan itu, program-program yang telah dijalankan sejak 2019 akan diteruskan dan ditambah baik contohnya program kredit mikro Ar Rahnu YaPEIM akan diperkukuhkan dengan menawarkan perkhidmatan digital dan penggunaan konsep baharu iaitu At-Tawarruq.

YaPEIM juga akan memperkenalkan produk baharu yang dinamakan Ar Rahnu CARE bagi membantu golongan ditimpa musibah dan memerlukan tunai segera dengan kadar istimewa.

Yayasan itu juga akan terus memberi perhatian penuh kepada pembangunan platform digital YaPEIM selaras dengan langkah yang diambil pada 2019 isitu menjadi penyumbang utama kepada sosio ekonomi digital Islam (IDS).

Ini adalah untuk melengkapkan satu ekosistem yang akan memberi kelebihan dalam pelbagai aspek termasuk kepada pihak berkepentingan.- MalaysiaGazette

Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR