Search

Share

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧

YaPEIM melalui Ar Rahnu YaPEIM menyokong penuh Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin Perdana Menteri Malaysia dengan menyediakan Kemudahan Pembiayaan Mikro Kredit Ar Rahnu YaPEIM melalui produk Ar Rahnu Bisnes bagi menyokong kelangsungan perniagaan.

Had Pinjaman Maksimum sebanyak RM150,000 dan Margin Pembiayaan setinggi 80% akan dapat membantu peniaga sebagai modal segera untuk perniagaan.

Peniaga yang memerlukan modal segera boleh terus ke 212 cawangan Ar Rahnu YaPEIM seluruh Malaysia.

Ar Rahnu YaPEIM sentiasa menambahbaik mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa di mana akan datang terdapat inisiatif baru bagi masyarakat mendapatkan modal perniagaan dengan gadaian barang kemas di Ar Rahnu YaPEIM khusus kepada golongan wanita yang berniaga (Usahawan Wanita) melalui produk Ar Rahnu BizNita.

Antara kelebihan produk akan datang Ini pelanggan layak untuk mendapat pakej-pakej di bawah Program Pembangunan Usahawan YaPEIM seperti business coaching, networking, pembiayaan InspirasiBiaya, Persijilan Halal dan lain-lain.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk memasarkan dan menjual produk secara atas talian di platform e-Dagang YaPEIM iaitu YaPEIMall secara percuma. Platform ini menyediakan asas jaringan dan rantaian bekalan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan usahawan yang dilengkapi dengan kemudahan pembayaran atas talian dan integrasi khidmat penghantaran.

Pelanggan juga layak menyertai cabutan bertuah Ar Rahnu YaPEIM dan layak mendapat insentif di bawah Program Akaun Emas YaPEIM (SERY) , Apresiasi sebagai Ikon Usahawan Ar Rahnu YaPEIM serta berpeluang juga menjadi usahawan emas YaPEIM.

Diharapkan dengan pelbagai inisiatif yang direncanakan oleh pihak YaPEIM akan dimanfaatkan oleh setiap golongan masyarakat.

Follow Channel Telegram
Ar Rahnu YaPEIM (Official):
https://t.me/ArRahnuYaPEIM\

Tertakluk pada terma dan syarat.

  • Posts
  • Program
  • Produk
  • 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧
Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR