Ar-Rahnu YaPEIM tawar produk baharu, bantu pelanggan pasca Covid-19

  • Posts
  • Ar-Rahnu YaPEIM tawar produk baharu, bantu pelanggan pasca Covid-19

Share

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

INISIATIF Ar-Rahnu YaPEIM yang prihatin dengan nasib rakyat yang terkesan akibat Covid-19, mendorong pengendali perkhidmatan pajak gadai patuh syariah itu tampil memperkenal pakej menarik yang melegakan setiap pelanggannya.

Pengenalan Pakej Musaadah Covid-19 Ar-Rahnu YaPEIM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja telah meringankan beban 21,000 pelanggannya yang mencapai tempoh gadaian 10 bulan malah turut menarik minat pelanggan baharu untuk berurus niaga.

Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihan Hasan berkata, pendekatan itu secara tidak langsung mendorong pelanggan berkunjung ke beberapa cawangan terpilih Ar-Rahnu YaPEIM di seluruh negara untuk urusan gadaian.

“Kebanyakan mereka hadir bagi mendapat pembiayaan tunai mudah untuk sara hidup dengan melihat keadaan semasa masyarakat memilih mencairkan aset barang kemas mereka.

“Walaupun awalnya, operasi seluruh cawangan Ar-Rahnu YaPEIM ditutup mulai 18 Mac selaras dengan PKP namun setelah kebenaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk beroperasi,
maka cawangan yang terpilih dibuka pada 16 April 2020 dan ia menjadi tumpuan ramai pelanggan,” katanya kepada Wilayahku di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, seperti kebiasaannya, kebanyakan pelanggan Ar-Rahnu YaPEIM hadir ke cawangan pada bulan Ramadan untuk menebus kembali barang gadaian selain ada pelanggan membuat
transaksi gadaian untuk membeli barang keperluan Aidilfitri.

Sementara itu, tempoh moratorium Ar-Rahnu YaPEIM sepanjang tempoh PKP membolehkan pengecualian caj upah simpan dan pelanjutan tempoh penebusan gadaian dinikmati 21,000 pelanggan membabitkan jumlah nilai sebanyak RM500,000.

Mengulas lanjut mengenainya, Parihah berkata, mulai 18 Mac 2020 sehingga 14 April 2020 sebanyak RM51.5 juta nilai marhun emas terlibat dalam pemberian moratorium melalui Pakej Musaadah Covid-19 Ar-Rahnu YaPEIM berbanding jumlah nilai pengecualian bayaran upah simpan setengah juta ringgit.

“Jadi pengenalan Pakej Musaadah Covid-19 Ar-Rahnu YaPEIM membantu ringankan beban kewangan pelanggan yang capai tempoh gadaian 10 bulan dan ke atas dalam tempoh PKP.

“Selain itu, bermula Jun ini, Ar-Rahnu YaPEIM telah memperkenalkan beberapa produk baharu seperti Ar-Rahnu Bisnes YaPEIM, Ar-Rahnu Didik YaPEIM dan Ar-Rahnu Emas YaPEIM yang menawarkan margin dan jumlah pembiayaan lebih tinggi berbanding produk sedia ada sebagai memenuhi permintaan kumpulan sasar,” katanya.

Kredit: Wilayah Ku

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR