Search

Share

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐒𝐑𝐀𝐊 & 𝐌𝐈𝐊𝐑𝐀𝐉 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Isra’ : 1)

Setiap tahun pada 27 Rejab, Umat Islam di seluruh dunia akan memperingati satu peristiwa luar biasa dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai Israk Mikraj.

Apa itu Israk? Apa itu Mikraj?

Jom kita ambil tahu bagaimana perjalanan luar biasa Nabi Muhammad ini.

Israk – Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine.

Mikraj – Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

Dalam perjalanan ini, satu suruhan penting di terima oleh Nabi Muhammad secara langsung daripada Allah iaitu Perintah Solat.

Melalui peristiwa ini juga, Abu Bakar menerima gelaran As-Siddiq yang membenarkan setiap ucapan Nabi tatkala orang lain tidak percaya apa yang di sampaikan melalui peristiwa tersebut.

#SalamIsrakMikraj
#1444H
#ArRahnuYaPEIM

  • Posts
  • Lain Lain
  • 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐒𝐑𝐀𝐊 & 𝐌𝐈𝐊𝐑𝐀𝐉 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇
Kalkulator
Emas
Harga
Emas
Lokasi
Cawangan
Bayaran
Online

Zon Utara

ZON MALAYSIA TIMUR